Salam
guys,pada tarikh yang bertarikh 2/4 – 25/5 aku nak share banyak gile storie aku
kat korang semua.Pada sepanjang tarikh tuh,aku jalani Latihan Industri atau
lebih dikenali sebagai PRAKTIKAL di sebuah syarikat yang sangat-sangat
sempoi.Syarikat yang aku nak mentionkan kat sini adalah syarikat AHMAD ZAKI
RESOURCES BHD.Syarikat ini merupakan antara salah satu syarikat bumiputera 100
peratus yang masih bertahan dan agak besar dan tersenarai dalam BSKL pada masa
sekarang.AKu nak coretkan disini,syarikat ini memang gempak gile.Korang tahu
kenapa aku katekan gempak gile? Memang gile r(hahahaha).Syarikat ini memang
syarikat melayu 100 peratus dan kehidupan dalam syarikat ini memang melayu
tetapi kalau cakap pasal disiplin memang gile-gile.Jadi, dalam entry ini aku
nak PROMOTE la kepada korang yang hendak lakukan praktikal ataupun mahu meminta
kerja construction dari segi ELECTRICAL,MEKANIKAL mahupun CIVIL,korang boleh la
cuba di syarikat ini.Memang aku cakap PROFESIONAL gile dan sempoi gile.Korang
cube korang akan tahu sendiri.So,sampai disini sahaja dahulu.Sekian….
Blog ini akan membawa kepada anda tentang beberapa info mahupun hiburan untuk anda menambah pengetahuan mahupun untuk menghibur hati anda yang tengah duka lara.Selain itu,blog ini akan mengisahkan kepada anda bermacam-macam lagi tentang apa sahaja yang terlintas dipikiran admin.Jadi nantikan apa yang akan terjadi selepas ini..TQ
Kehilangan
Salam guys,kali ini aku nak share sikit dengan korang tentang life aku dalam kehidupan yang serba tak kena ini.Aku saja je baru nak cerita kat sini pada hari ini(hehehe).So,tanggal 15/4/2012,lebih kurang seminggu sebelum nie,aku telah kehilangan seorang sahabat.Sebelum itu,aku nak Tanya kepada korang apa itu sahabat dan apa itu kawan?Kepada korang yang tahu jawapannya atau mempunyai pandangan lain,sila komen ye.Jadi,bagi aku sahabat merupakan teman yang sentiasa bersama kita walau senang dan susah.Itu maknenya sahabat.Manakala pula kawan ini pula membawa maksud teman yang hanya senang je boleh dicari atau bersama dan susah dibiarkan atu tidak dihiraukan(hanya ambik tahu je).Sambung balik cerita tadi.Dia sudah meninggal(bukan mati,betul-betul) dalam buku kehidupan aku.Asalnya ceritanya macam nie,aku telah membuat kesilapan yang agak bodoh dan dia pun tidak dapat memahami aku dan tidak berapa kenal akan aku nie(perangai).Dengan perangai aku yang suka atau kuat menyakat nie,dia dengan tidak semena-mena telah berasa hati dengan perkataan aku dan aku pada ketika itu agak terkedu dan sangat terkilan dengan apa dicakapkan kepada aku.Aku terus menjadi tidak tentu hala dan tak tahu nak berbuat apa-apa.Jadi,aku telah menerangkan segala kemushkilan yang tersirat dihati dia tetapi dia tidak boleh menerima apa-apa pun alasan aku itu.Jadi,pada hari itu aku telah sedaya upaya memujuk dan terus memujuk.Setelah seharian berturut-turut memujuk,pujukan aku tidak dihiraukan dan aku mengambil inisiatif lain untuk tidak banyak cakap.So,aku dengan rasa bengongnya menamatkan persahabatan yang baru sahaja 1 tahun.Jadi,kepada si DIA kalau ader terbaca entry ini,AKU mintak maaf sangat-sangat dan memang aku tak sengaja la nak guriskan hati ko tuh.Serius,aku tak maksudkan ko dalam hal tuh.Mungkin aku lupa letakkan HAHAHAHAHA,jadi ko pun amik hati ngan aku,jadi aku mintak maaf sangat-sangat.Memang salah aku pun tak ingat nak letakkan perkataan HAHAHAHA tuh.Almaklumlah,aku memang BODOH orangnye.So,moral of the stories pada kali ini jangan jadi macam aku.Aku nie jenis yang tak reti jaga mulut dan mudah sangat terlepas cakap.Aku juga tidak hiraukan hati orang lain dan sentiasa menjadikan hati-hati yang berkawan dengan aku ini rasa tidak puas hati dengan aku.So,JANGAN JADI MACAM AKU.So,sekian….
Direkodkan oleh
~ThE siLeNcEr~
Sorry
Salam guys,kali ini entry aku nieh just simple and mahu korang tahu je.Sebenarnya,gua lame da ta update blog nie semenjak ala2 keje la katekan..hehehe.. Tapi,apakan daya and ta tahu nak buat ape dengan blog aku nie.Bukan sebab malas,tetapi sebab ketiadaan internet disampingku lagi(hahaha).Nanti,aku masuk belajar aku cerita lagi ea kepada korang.Aku juzz na katekan buat setakat ini aku tidak boleh lagi mengUPDATE apa2 pasal blog aku ini kerana ketiadaan internet.Sebenarnya,banyak cerita aku nak kongsikan kepada korang pasal life aku ada,pasal awek blog pun ader.Tetapi paehal,nanti je aku ceritakan kepada korang.Salam!
Direkodkan oleh
~ThE siLeNcEr~
Langgan:
Catatan (Atom)
